Adsense

Monday, June 20, 2016

Petua Mengekalkan Kebahagiaan dan Keharmonian dalam Perkahwinan (Bahagian 2)



Alhamdullillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberikan peluang untuk terus bernafas di bulan Ramadan yang mulia ini...Dah lepas separuh daripada bulan Ramadan berlalu, dan apa yang diharapkan setiap ibadah yang kita jalani diterima dan dapat menjadi penghapus dosa yang telah kita lakukan selama ini...
Kali ini saya sambung entri saya sebelum ini mengenai petua dalam perkahwinan...Petua kali ini rasanya antara faktor penting dalam mengekalkan kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga iaitu belajar menjadi pendengar yang baik...
Apa yang dimaksudkan dengan menjadi pendengar yang baik??? Apakah selama ini kita tidak pernah mendengar apa yang diperkatakan oleh pasangan kita???
Menjadi pendengar yang baik ialah kita mendengar setiap apa yang dikatakan oleh pasangan kita seratus peratus...Kita tidak sibuk dengan benda-benda lain contohnya bermain telefon bimbit atau sibuk dengan urusan yang lain...Adakalanya apabila kita berbual dengan pasangan, kita tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada perkara yang dibualkan...Cubalah untuk mendengar setiap apa yang pasangan kita katakan walaupun mungkin kita tidak berminat dengan apa yang menjadi tajuk perbualan, tetapi sekurang-kurangnya pasangan kita akan merasakan diri mereka dihargai apabila kita memberikan perhatian ketika berbual...
Contohnya jika suami atau isteri menghadapi masalah di tempat kerja, dengarlah apa yang mereka luahkan...Mereka tidak inginkan pasangan mereka menjadi penyelesai masalah, cukup sekadar kita dapat mendengar luahan hati mereka...Dengan cara itu mereka akan jadi lebih tenang apabila dapat meluahkan apa yang terbuku di hati mereka...
Banyak masalah yang terjadi yang boleh mengeruhkan hubungan dalam rumahtangga ialah apabila pasangan mengambil mudah akan perkara ini...Mungkin bunyinya tidak penting tetapi banyak tekanan yang akan berjaya dilepaskan apabila kita dapat meluahkan masalah yang dihadapi dengan pasangan dan pasangan memberikan respond yang positif setiap kali kita berbual dengan mereka...
Cubalah belajar menjadi seorang pendengar yang baik, insya Allah hubungan suami isteri akan sentiasa harmoni dan penuh dengan kasih sayang...
Insya Allah kita akan berjumpa lagi dalam entri yang akan datang mengenai petua dalam mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian dalam perkahwinan...Wassalam...
Nukilan:

1 comment:

  1. This on-line casino features over 200 titles, including a number of traditional slots. These games are primarily based 우리카지노 on traditional fruit machines and have just three reels and one row. Nevertheless, they offer loads of bonus features and on-line slot payouts. Wild Casino is one of the|is among the|is likely one of the} largest on-line casinos within the US and can also be|can be} on the leaderboard of slots apps that pay real cash on Reddit. The casino has partnered with a number of} top slot creators, including Betsoft and Nucleus Gaming, to offer a complete collection of themes, sport mechanics, and bonus features.

    ReplyDelete