Adsense

Friday, June 24, 2016

Petua Mengekalkan Kabahagiaan dan Keharmonian dalam Perkahwinan (Bahagian 3)


Seringkali aku menduga...
Seringkali ini terjadi...
Segala rahsia sudah ku tahu...
Rupanya aku tak dicintai...

Lirik lagu di atas merupakan lirik lagu dari Projector Band dan sebenarnya tiada sebarang kaitan pun dengan entri saya kali ini...hehehe...Cuma lagu ini sekarang merupakan salah satu lagu yang amat popular dewasa ini di kalangan semua peringkat umur, tidak kira yang muda ataupun yang tua...Dan salah seorang peminat lagu tersebut ialah saya sendiri...hahaha...

Baiklah, cukup saya merepek di situ...Sekarang kita berbalik kepada tajuk asal entri saya kali ini iaitu petua untuk mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga...

Petua ketiga kali ini ialah hargai pasangan anda...Jangan pernah lokek untuk menunjukkan penghargaan setelah apa yang pasangan anda lakukan...Ada antara kita yang mengambil mudah perkara ini...Sepatutnya setiap apa yang telah pasangan kita lakukan untuk kita, tunjukkan penghargaan walaupun sedikit...

Contohnya apabila isteri membancuh air untuk suami, ucapkan terima kasih sambil tersenyum...Mungkin ada segelintir orang yang merasakan ianya hanya perkara kecil tetapi hakikatnya ianya memberikan pengaruh yang besar kepada si isteri...Walaupun hanya ucapan terima kasih, ianya membuatkan isteri rasa amat dihargai...Setiap penat lelah mereka berbakti untuk suami dirasakan berbaloi dan tidak dirasakan suatu beban...

Selain itu mungkin kita sebagai suami boleh menjadikan amalan mengucup tangan isteri sebagai amalan harian, sebagai tanda penghargaan terhadap mereka atas penat lelah mereka melakukan kerja seharian di rumah tanpa henti...Kenapa saya katakan mengucup tangan???

Ini kerana setiap pekerjaan yang mereka lakukan, mereka lakukan dengan kedua-dua belah tangan mereka...Tangan itulah yang memasak, tangan itulah yang memegang penyapu untuk mencuci lantai, tangan itulah yang digunakan untuk membasuh pakaian, dan pelbagai lagi pekerjaan yang mereka lakukan menggunakan tangan itu...Jadi tidak salah rasanya kita mengucup tangan isteri yang telah banyak berjasa terhadap kita itu sebagai tanda penghargaan kita terhadap penat lelah mereka selama ini melayan kita walaupun mereka tidak pernah mengharapkan apa-apa daripada kita...

Itu merupakan cara yang paling mudah untuk menghargai pasangan anda...Bagi si isteri pula, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menunjukkan penghargaan anda terhadap suami...Apabila suami balik daripada bekerja, sambutlah mereka...Bancuhkan air untuk mereka, masakkan masakan yang sedap untuk mereka dan mungkin kucupan di pipi sebagai tanda kasih...Semua itu sudah cukup untuk seorang suami yang mereka inginkan daripada isteri mereka...

Jika ada wang lebih, mungkin kita boleh membawa mereka pergi melancong atau bersiar-siar, sesuai dangan kemampuan kita...Dengan cara itu kita boleh menyemarakkan lagi rasa cinta dengan pasangan kita seperti rasa cinta kita semasa permulaan perkahwinan kita dahulu...

Rasanya itu sahaja untuk kali ini, insya Allah kita akan bertemu lagi di entri yang akan datang...Wassalam...

Nukilan:

Monday, June 20, 2016

Petua Mengekalkan Kebahagiaan dan Keharmonian dalam Perkahwinan (Bahagian 2)



Alhamdullillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberikan peluang untuk terus bernafas di bulan Ramadan yang mulia ini...Dah lepas separuh daripada bulan Ramadan berlalu, dan apa yang diharapkan setiap ibadah yang kita jalani diterima dan dapat menjadi penghapus dosa yang telah kita lakukan selama ini...
Kali ini saya sambung entri saya sebelum ini mengenai petua dalam perkahwinan...Petua kali ini rasanya antara faktor penting dalam mengekalkan kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga iaitu belajar menjadi pendengar yang baik...
Apa yang dimaksudkan dengan menjadi pendengar yang baik??? Apakah selama ini kita tidak pernah mendengar apa yang diperkatakan oleh pasangan kita???
Menjadi pendengar yang baik ialah kita mendengar setiap apa yang dikatakan oleh pasangan kita seratus peratus...Kita tidak sibuk dengan benda-benda lain contohnya bermain telefon bimbit atau sibuk dengan urusan yang lain...Adakalanya apabila kita berbual dengan pasangan, kita tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada perkara yang dibualkan...Cubalah untuk mendengar setiap apa yang pasangan kita katakan walaupun mungkin kita tidak berminat dengan apa yang menjadi tajuk perbualan, tetapi sekurang-kurangnya pasangan kita akan merasakan diri mereka dihargai apabila kita memberikan perhatian ketika berbual...
Contohnya jika suami atau isteri menghadapi masalah di tempat kerja, dengarlah apa yang mereka luahkan...Mereka tidak inginkan pasangan mereka menjadi penyelesai masalah, cukup sekadar kita dapat mendengar luahan hati mereka...Dengan cara itu mereka akan jadi lebih tenang apabila dapat meluahkan apa yang terbuku di hati mereka...
Banyak masalah yang terjadi yang boleh mengeruhkan hubungan dalam rumahtangga ialah apabila pasangan mengambil mudah akan perkara ini...Mungkin bunyinya tidak penting tetapi banyak tekanan yang akan berjaya dilepaskan apabila kita dapat meluahkan masalah yang dihadapi dengan pasangan dan pasangan memberikan respond yang positif setiap kali kita berbual dengan mereka...
Cubalah belajar menjadi seorang pendengar yang baik, insya Allah hubungan suami isteri akan sentiasa harmoni dan penuh dengan kasih sayang...
Insya Allah kita akan berjumpa lagi dalam entri yang akan datang mengenai petua dalam mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian dalam perkahwinan...Wassalam...
Nukilan:

Sunday, June 19, 2016

Petua Mengekalkan Kebahagiaan dan Keharmonian dalam Perkahwinan (Bahagian 1)

Lamak dah blog tuk sik kenak update...Raso ey ado dah dalam limak kurun (pembulak ado jak, duak bulan pun sik sampe ko)...Dah berdebu dah blog tuk kotan sik kenak agak...Nyo yo nampak ado jak debu berterbangan dalam tuk...lalala...
Bukan sik maok nak update tapi sejak duak menjak tuk agak rago dengan aktiviti di tempat kejo dan bendo-bendo lain di samping idea yang agak kekeringan kebelakangan tuk...Alhamdullillah kali tuk dapat juak peluang untuk kembali aktif menulis dan diharapkan dapatlah nulis satu entri untuk setiap duak atau tigo ari...
Kali tuk kamek nak nulis mengenai perkahwinan...Bukan caro nak nikah atau apo k, tapi petuo dalam mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga...Sebenarnye kamek raso macam maseh sik layak jak untuk kamek menulis mengenai tajuk tuk memandangkan usia perkahwinan kamek empun pun maseh mudak tapi sebagai memenuhi permintaan sahabat kamek si Cik Nurul Farhanah Saffinye, jadi kamek tulis juaklah berdasarkan pengalaman kamek empun dan juak berdasarkan pemerhatian dan pembacaan kamek...Untuk bahagian pertamo tuk, kamek akan menulis sigek petuo jak dolok...Insya Allah dalam entri-entri yang akan datang, kamek akan tulis agik petuo yang lain...
Petuo yang pertamo ialah jangan lokek merik ciuman dan pelukan untuk pasangan...Ingat, petuo tuk adolah untuk pasangan yang dah nikah ajak, yang dah sah jadi laki bini...Yang baruk bergerek dan bertunang iboh nak molah hai cium dan meluk pasangan...Haram...Tukuk daie yo kelak...
Setiap kali nak pegi sini-sini, contoh ey nak pegi kejo kah, cium pasangan kito...Sik kesah cium bibir kah, cium pipi kah atau cium dahi, jangan lokek merik ciuman...Biar suami atau isteri raso dihargai...Biar pasangan kito raso dicintai...Mun setiap pagi kito molah, insya Allah raso cinta di hati terhadap pasangan sik akan berkurangan sebaliknya akan bertambah mekar walaupun usia perkahwinan dah lamak...
Peluk pasangan bilo ado peluang...Tanyaklah ngan isteri-isteri nun, cidak yo suko sik kenak peluk oleh laki...Mesti semuo akan madah suko...Mun ado bini yang madah sik suko kenak peluk oleh laki, maksud ey ado yang sik kenaklah ngan mpuan yo...Sebab semuo mpuan yang bergelar isteri suko dipeluk oleh laki cidak sebab bilo kenak peluk, cidak nyo akan raso selamat, seleso dan raso amat dicintai...Jangan takut meluk isteri atau suami, yo nang hak kito...Peluk jak bilo ado peluang...Insya Allah pasangan kito pasti raso bahagia...Tapi ingat, peluk suami atau isteri dirik empun...Jangan nak meluk isteri jiran, ado yang kenak tetak pake parang lak...
Bilo kito memeluk dan mencium pasangan, pasangan akan raso amat gembira...Mun balit kejo, tengah kepak kak seharian kejo, atang gumah terus isteri atau suami mendakap tubuh kito dan merik ciuman, semuo kepak pasti akan hilang...Bebanan dan tekanan pun akan pergi bilo orang tersayang molah pio...
Jadi pesan kamek, peluk dan cium pasangan kitak orang bilo ado peluang...Iboh supan, yo isteri dan suami kitak orang empun...Tapi tangga juak lah keadaan...Jangan depan orang rami kitak orang molah pio...Walaupun sik salah tapi lak mano yang belum nikah jeles lak...hahaha...Pilih tempat yang sesuai ok...
Yo jak untuk petuo pertamo kamek kali tuk...Petuo lain akan menyusul sik lamak gik, jadi tunggu jak lah k...
Wassalam...
Nukilan: