Adsense

Friday, June 24, 2016

Petua Mengekalkan Kabahagiaan dan Keharmonian dalam Perkahwinan (Bahagian 3)


Seringkali aku menduga...
Seringkali ini terjadi...
Segala rahsia sudah ku tahu...
Rupanya aku tak dicintai...

Lirik lagu di atas merupakan lirik lagu dari Projector Band dan sebenarnya tiada sebarang kaitan pun dengan entri saya kali ini...hehehe...Cuma lagu ini sekarang merupakan salah satu lagu yang amat popular dewasa ini di kalangan semua peringkat umur, tidak kira yang muda ataupun yang tua...Dan salah seorang peminat lagu tersebut ialah saya sendiri...hahaha...

Baiklah, cukup saya merepek di situ...Sekarang kita berbalik kepada tajuk asal entri saya kali ini iaitu petua untuk mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga...

Petua ketiga kali ini ialah hargai pasangan anda...Jangan pernah lokek untuk menunjukkan penghargaan setelah apa yang pasangan anda lakukan...Ada antara kita yang mengambil mudah perkara ini...Sepatutnya setiap apa yang telah pasangan kita lakukan untuk kita, tunjukkan penghargaan walaupun sedikit...

Contohnya apabila isteri membancuh air untuk suami, ucapkan terima kasih sambil tersenyum...Mungkin ada segelintir orang yang merasakan ianya hanya perkara kecil tetapi hakikatnya ianya memberikan pengaruh yang besar kepada si isteri...Walaupun hanya ucapan terima kasih, ianya membuatkan isteri rasa amat dihargai...Setiap penat lelah mereka berbakti untuk suami dirasakan berbaloi dan tidak dirasakan suatu beban...

Selain itu mungkin kita sebagai suami boleh menjadikan amalan mengucup tangan isteri sebagai amalan harian, sebagai tanda penghargaan terhadap mereka atas penat lelah mereka melakukan kerja seharian di rumah tanpa henti...Kenapa saya katakan mengucup tangan???

Ini kerana setiap pekerjaan yang mereka lakukan, mereka lakukan dengan kedua-dua belah tangan mereka...Tangan itulah yang memasak, tangan itulah yang memegang penyapu untuk mencuci lantai, tangan itulah yang digunakan untuk membasuh pakaian, dan pelbagai lagi pekerjaan yang mereka lakukan menggunakan tangan itu...Jadi tidak salah rasanya kita mengucup tangan isteri yang telah banyak berjasa terhadap kita itu sebagai tanda penghargaan kita terhadap penat lelah mereka selama ini melayan kita walaupun mereka tidak pernah mengharapkan apa-apa daripada kita...

Itu merupakan cara yang paling mudah untuk menghargai pasangan anda...Bagi si isteri pula, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menunjukkan penghargaan anda terhadap suami...Apabila suami balik daripada bekerja, sambutlah mereka...Bancuhkan air untuk mereka, masakkan masakan yang sedap untuk mereka dan mungkin kucupan di pipi sebagai tanda kasih...Semua itu sudah cukup untuk seorang suami yang mereka inginkan daripada isteri mereka...

Jika ada wang lebih, mungkin kita boleh membawa mereka pergi melancong atau bersiar-siar, sesuai dangan kemampuan kita...Dengan cara itu kita boleh menyemarakkan lagi rasa cinta dengan pasangan kita seperti rasa cinta kita semasa permulaan perkahwinan kita dahulu...

Rasanya itu sahaja untuk kali ini, insya Allah kita akan bertemu lagi di entri yang akan datang...Wassalam...

Nukilan:

No comments:

Post a Comment