Adsense

Friday, June 24, 2016

Petua Mengekalkan Kabahagiaan dan Keharmonian dalam Perkahwinan (Bahagian 3)


Seringkali aku menduga...
Seringkali ini terjadi...
Segala rahsia sudah ku tahu...
Rupanya aku tak dicintai...

Lirik lagu di atas merupakan lirik lagu dari Projector Band dan sebenarnya tiada sebarang kaitan pun dengan entri saya kali ini...hehehe...Cuma lagu ini sekarang merupakan salah satu lagu yang amat popular dewasa ini di kalangan semua peringkat umur, tidak kira yang muda ataupun yang tua...Dan salah seorang peminat lagu tersebut ialah saya sendiri...hahaha...

Baiklah, cukup saya merepek di situ...Sekarang kita berbalik kepada tajuk asal entri saya kali ini iaitu petua untuk mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga...

Petua ketiga kali ini ialah hargai pasangan anda...Jangan pernah lokek untuk menunjukkan penghargaan setelah apa yang pasangan anda lakukan...Ada antara kita yang mengambil mudah perkara ini...Sepatutnya setiap apa yang telah pasangan kita lakukan untuk kita, tunjukkan penghargaan walaupun sedikit...

Contohnya apabila isteri membancuh air untuk suami, ucapkan terima kasih sambil tersenyum...Mungkin ada segelintir orang yang merasakan ianya hanya perkara kecil tetapi hakikatnya ianya memberikan pengaruh yang besar kepada si isteri...Walaupun hanya ucapan terima kasih, ianya membuatkan isteri rasa amat dihargai...Setiap penat lelah mereka berbakti untuk suami dirasakan berbaloi dan tidak dirasakan suatu beban...

Selain itu mungkin kita sebagai suami boleh menjadikan amalan mengucup tangan isteri sebagai amalan harian, sebagai tanda penghargaan terhadap mereka atas penat lelah mereka melakukan kerja seharian di rumah tanpa henti...Kenapa saya katakan mengucup tangan???

Ini kerana setiap pekerjaan yang mereka lakukan, mereka lakukan dengan kedua-dua belah tangan mereka...Tangan itulah yang memasak, tangan itulah yang memegang penyapu untuk mencuci lantai, tangan itulah yang digunakan untuk membasuh pakaian, dan pelbagai lagi pekerjaan yang mereka lakukan menggunakan tangan itu...Jadi tidak salah rasanya kita mengucup tangan isteri yang telah banyak berjasa terhadap kita itu sebagai tanda penghargaan kita terhadap penat lelah mereka selama ini melayan kita walaupun mereka tidak pernah mengharapkan apa-apa daripada kita...

Itu merupakan cara yang paling mudah untuk menghargai pasangan anda...Bagi si isteri pula, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menunjukkan penghargaan anda terhadap suami...Apabila suami balik daripada bekerja, sambutlah mereka...Bancuhkan air untuk mereka, masakkan masakan yang sedap untuk mereka dan mungkin kucupan di pipi sebagai tanda kasih...Semua itu sudah cukup untuk seorang suami yang mereka inginkan daripada isteri mereka...

Jika ada wang lebih, mungkin kita boleh membawa mereka pergi melancong atau bersiar-siar, sesuai dangan kemampuan kita...Dengan cara itu kita boleh menyemarakkan lagi rasa cinta dengan pasangan kita seperti rasa cinta kita semasa permulaan perkahwinan kita dahulu...

Rasanya itu sahaja untuk kali ini, insya Allah kita akan bertemu lagi di entri yang akan datang...Wassalam...

Nukilan:

Monday, June 20, 2016

Petua Mengekalkan Kebahagiaan dan Keharmonian dalam Perkahwinan (Bahagian 2)



Alhamdullillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberikan peluang untuk terus bernafas di bulan Ramadan yang mulia ini...Dah lepas separuh daripada bulan Ramadan berlalu, dan apa yang diharapkan setiap ibadah yang kita jalani diterima dan dapat menjadi penghapus dosa yang telah kita lakukan selama ini...
Kali ini saya sambung entri saya sebelum ini mengenai petua dalam perkahwinan...Petua kali ini rasanya antara faktor penting dalam mengekalkan kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga iaitu belajar menjadi pendengar yang baik...
Apa yang dimaksudkan dengan menjadi pendengar yang baik??? Apakah selama ini kita tidak pernah mendengar apa yang diperkatakan oleh pasangan kita???
Menjadi pendengar yang baik ialah kita mendengar setiap apa yang dikatakan oleh pasangan kita seratus peratus...Kita tidak sibuk dengan benda-benda lain contohnya bermain telefon bimbit atau sibuk dengan urusan yang lain...Adakalanya apabila kita berbual dengan pasangan, kita tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada perkara yang dibualkan...Cubalah untuk mendengar setiap apa yang pasangan kita katakan walaupun mungkin kita tidak berminat dengan apa yang menjadi tajuk perbualan, tetapi sekurang-kurangnya pasangan kita akan merasakan diri mereka dihargai apabila kita memberikan perhatian ketika berbual...
Contohnya jika suami atau isteri menghadapi masalah di tempat kerja, dengarlah apa yang mereka luahkan...Mereka tidak inginkan pasangan mereka menjadi penyelesai masalah, cukup sekadar kita dapat mendengar luahan hati mereka...Dengan cara itu mereka akan jadi lebih tenang apabila dapat meluahkan apa yang terbuku di hati mereka...
Banyak masalah yang terjadi yang boleh mengeruhkan hubungan dalam rumahtangga ialah apabila pasangan mengambil mudah akan perkara ini...Mungkin bunyinya tidak penting tetapi banyak tekanan yang akan berjaya dilepaskan apabila kita dapat meluahkan masalah yang dihadapi dengan pasangan dan pasangan memberikan respond yang positif setiap kali kita berbual dengan mereka...
Cubalah belajar menjadi seorang pendengar yang baik, insya Allah hubungan suami isteri akan sentiasa harmoni dan penuh dengan kasih sayang...
Insya Allah kita akan berjumpa lagi dalam entri yang akan datang mengenai petua dalam mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian dalam perkahwinan...Wassalam...
Nukilan:

Sunday, June 19, 2016

Petua Mengekalkan Kebahagiaan dan Keharmonian dalam Perkahwinan (Bahagian 1)

Lamak dah blog tuk sik kenak update...Raso ey ado dah dalam limak kurun (pembulak ado jak, duak bulan pun sik sampe ko)...Dah berdebu dah blog tuk kotan sik kenak agak...Nyo yo nampak ado jak debu berterbangan dalam tuk...lalala...
Bukan sik maok nak update tapi sejak duak menjak tuk agak rago dengan aktiviti di tempat kejo dan bendo-bendo lain di samping idea yang agak kekeringan kebelakangan tuk...Alhamdullillah kali tuk dapat juak peluang untuk kembali aktif menulis dan diharapkan dapatlah nulis satu entri untuk setiap duak atau tigo ari...
Kali tuk kamek nak nulis mengenai perkahwinan...Bukan caro nak nikah atau apo k, tapi petuo dalam mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga...Sebenarnye kamek raso macam maseh sik layak jak untuk kamek menulis mengenai tajuk tuk memandangkan usia perkahwinan kamek empun pun maseh mudak tapi sebagai memenuhi permintaan sahabat kamek si Cik Nurul Farhanah Saffinye, jadi kamek tulis juaklah berdasarkan pengalaman kamek empun dan juak berdasarkan pemerhatian dan pembacaan kamek...Untuk bahagian pertamo tuk, kamek akan menulis sigek petuo jak dolok...Insya Allah dalam entri-entri yang akan datang, kamek akan tulis agik petuo yang lain...
Petuo yang pertamo ialah jangan lokek merik ciuman dan pelukan untuk pasangan...Ingat, petuo tuk adolah untuk pasangan yang dah nikah ajak, yang dah sah jadi laki bini...Yang baruk bergerek dan bertunang iboh nak molah hai cium dan meluk pasangan...Haram...Tukuk daie yo kelak...
Setiap kali nak pegi sini-sini, contoh ey nak pegi kejo kah, cium pasangan kito...Sik kesah cium bibir kah, cium pipi kah atau cium dahi, jangan lokek merik ciuman...Biar suami atau isteri raso dihargai...Biar pasangan kito raso dicintai...Mun setiap pagi kito molah, insya Allah raso cinta di hati terhadap pasangan sik akan berkurangan sebaliknya akan bertambah mekar walaupun usia perkahwinan dah lamak...
Peluk pasangan bilo ado peluang...Tanyaklah ngan isteri-isteri nun, cidak yo suko sik kenak peluk oleh laki...Mesti semuo akan madah suko...Mun ado bini yang madah sik suko kenak peluk oleh laki, maksud ey ado yang sik kenaklah ngan mpuan yo...Sebab semuo mpuan yang bergelar isteri suko dipeluk oleh laki cidak sebab bilo kenak peluk, cidak nyo akan raso selamat, seleso dan raso amat dicintai...Jangan takut meluk isteri atau suami, yo nang hak kito...Peluk jak bilo ado peluang...Insya Allah pasangan kito pasti raso bahagia...Tapi ingat, peluk suami atau isteri dirik empun...Jangan nak meluk isteri jiran, ado yang kenak tetak pake parang lak...
Bilo kito memeluk dan mencium pasangan, pasangan akan raso amat gembira...Mun balit kejo, tengah kepak kak seharian kejo, atang gumah terus isteri atau suami mendakap tubuh kito dan merik ciuman, semuo kepak pasti akan hilang...Bebanan dan tekanan pun akan pergi bilo orang tersayang molah pio...
Jadi pesan kamek, peluk dan cium pasangan kitak orang bilo ado peluang...Iboh supan, yo isteri dan suami kitak orang empun...Tapi tangga juak lah keadaan...Jangan depan orang rami kitak orang molah pio...Walaupun sik salah tapi lak mano yang belum nikah jeles lak...hahaha...Pilih tempat yang sesuai ok...
Yo jak untuk petuo pertamo kamek kali tuk...Petuo lain akan menyusul sik lamak gik, jadi tunggu jak lah k...
Wassalam...
Nukilan:

Wednesday, May 4, 2016

Warga Nyundong Kini Bersuara...

Tinggai tigo ari jak agik Pilihanrayo Negeri Sarawak akan berlangsung...Dengan pelbagai parti yang bertanding, terutamo ey parti-parti baru, menampakkan kemeriahan pilihanraya kali tuk...Mungkin antaro yang paling meriah yang pernah berlaku dalam sejarah pilihanrayo di Sarawak...Sapo atau parti apopun yang menang, diharapkan dapat membela nasib rakyat Sarawak terutamo ey yang berpendapatan rendah...Dan bagi penyokong-penyokong parti, diharap sik bermasam muko hanya sebab berlainan parti yang disokong...Kito hidup di bumi Sarawak tuk saling memerlukan antaro satu samo lain, jadi pergaduhan atau perpecahan sikdo mbak pekdah ngan sapo-sapo pun...

Tapi sebenarnye entri kamek kali tuk bukan mengenai pilihanrayo tuk...Kamek nak nulis mengenai protes penduduk kampung terhadap penghulu kampung kamek iaitu Kampung Tanjung Bundong yang tercinta...Protes sebab sik puas ati dengan penghulu kampung yang selamak tuk sik penah embak apo-apo kemajuan pun untuk Kampung Nyundong...Mun setakat sik embak kemajuan ajak sik hai ilak, masalah ey mun ado apo-apo kekurangan dalam kampung, contoh ey jalan berlubang, atau lampu jalan sik ado, penghulu sik penah ambik apo-apo tindakan...Bukan sik penah aduan dipolah ngan penghulu tapi macam sikdo hasil jak aduan yo...Dan sepatutnye sebagai penghulu, nyo sik perlu diadu pun...Patut nyo jalan dan nangga apo keperluan penduduk kampung, bukan hanya molah sik tauk ajak...Yo hanya sikit jak contoh lah diberik kamek, sebenarnye banyak gik masalah penghulu yo tapi kamek sik maok menceritokan di situk...Cukup orang Nyundong empun tauk apo masalah sebenar sampe orang Nyundong sik tahan dan mintak tukar penghulu baru...

Sebelum tuk dah banyak aduan dipolah, dah berpuluh-puluh igek surat yang penduduk kampung dah tulis dan anta kepada pihak yang berkenaan samo ado anta pake tangan, pos ataupun e-mel tapi sikdo sebarang tindakan diambik...Mungkin sebab Kampung Nyundong tuk sik popular kali mun banding ngan kampung-kampung lain di Samarahan tuk...hahaha...Akhirnye sampe sigek tahap penduduk kampung dah sik tahan agik, cidak molah sepanduk untuk mintak agar penghulu digantikan dengan orang yang lebih layak dan lebih bagus dalam membela nasib penduduk kampung...

Debah tuk gamba sepanduk yang digantung oleh orang kampung sik jauh dari masjid Kampung Nyundong Tradisi...Kamek raso mustahil penghulu sik nangga dan mun tuk pun penghulu sik maok letak jawatan, ndak lah kamek tauk agik...Yang kamek bimbangkan sigek jak, takut ado yang sik tahan dan menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah...Yo jak ditakut kito...Apopun kamek doakan semoga Kampung Nyundong akan mendapat penghulu baru yang lebih layak sik lamak gik yang boleh menjadikan Kampung Nyundong kampung yang lebih baik...Insya Allah...

Yo jak lah yang kamek nak kerepakkan waktu tuk...Sampe kito bertemu agik di lain maso...Wassalam...

Monday, May 2, 2016

Minggu Yang Padat...

 
Alhamdullillah, maseh diberik oleh Allah peluang untuk bernafas di bumi-Nya yang indah tuk...Duak tigo minggu tuk agak "busy" ikit dengan latihan mbiak untuk Sukan "Special Olimpic" di Majlis Sukan Negara tengah bulan Mei kelak...Yo belum gik campur ngan lawatan bersamo cidak Maktab Perguruan Tun Abdul Razak Samarahan dan program "Together We Smile" ngan cidak Unimas...Nang "busy" ilak minggu tuk...
Tapi rago macam ni pun, setiap program sik penah membosankan dan sentiaso menerbitkan senyuman di bibir tuk walaupun kepak...Bagi kamek kerjo merupakan satu ibadah dan insya Allah bilo kito ikhlas dalam setiap pekerjaan yang kito polah pasti ado ganjaran yang Allah akan berik...
Raso ey yo ajak lok buat kali tuk...Sena ey kamek ado nak nulis mengenai tajuk "Kahwin Di Usia Muda" atas permintaan Cik Nurul Farhanah Saffinye tapi kamek belum dapat nulis dolok buat maso tuk atas sebab yang sik dapat dielakkan (cheh, atas sebab yang sik dapat dielakkan konon...padah jak hau gik malas sio...hahaha...)...Insya Allah kamek akan nulis mengenai tajuk yo dalam maso terdekat tuk berdasarkan pendapat dan pandangan kamek empun mengenai tajuk tuk...
Insya Allah kito bertemu agik dalam maso terdekat tuk dengan tajuk-tajuk lain...
 
 
Wassalam...
 

Thursday, April 28, 2016

Tuesday, April 26, 2016

Post Terbaruku Di Blog Baru...

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Sebelum apo-apo, kamek nak mintak maaf terlebih dolok sebab salu ilak tukar blog...hahaha...Tuk blog terbaru dan harap ey sik ado agik blog baru agik daripada tuk...Mun ado juak apo boleh buatlah...hihihi...

Waktu tuk sena ey kamek belum ado idea nak nulis pasai apo-apo...Sekadar salam perkenalan blog baru tuk ajak sena ey...Jadi mintak maap banyak-banyaklah oh...Bukan niat membalas derito (apo kenak-mengenak post tuk ngan tajuk lagu yo kah...)

Insya Allah mun kamek rajin, adolah post terbaru dalam sehari duak tuk...Idea dah ado tapi maso belum mengizinkan...Cheh, ayat skema ado jak...Pombahlah nyo rago ilak...Sak ey tergeley-geley jak atas lantey mun atang kejo...Esen vanila na mbiak a...

Yo jak lah setakat tuk k...Salam perkenalan sekali agik dan insya Allah kito temu agik dalam maso terdekat...

Wassalam...