Adsense

Sunday, October 13, 2019

Tutuplah Aib, Usah Dicanang Bagai Pesta Keramaian...

Dewasa ini, media sosial seperti facebook, whatsapp, twitter, ataupun instagram merupakan salah satu media perhubungan yang amat penting... Bukan sahaja untuk memuatnaik status, tetapi juga digunakan untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan yang jauh... Melalui media-media sosial ini, dunia sudah menjadi dekat dan tiada lagi sempadan... 

Namun seperti biasa, setiap perkara yang membawa kebaikan tidak dapat lari daripada keburukan walaupun mungkin sedikit... Begitulah juga dengan media sosial... Setiap status yang dimuatnaik tidak ada sekatan... Apa jua yang dirasakan di hati boleh diluahkan walaupun mungkin membawa kesan buruk terhadap diri-sendiri ataupun orang lain... 

Membuka aib contohnya, sama ada aib sendiri atau aib orang lain, seolah-olah sudah suatu perkara biasa di media-media sosial ini... Si polan membuka aib si payan, si payan membalas dengan membuka aib si polan... Akhirnya semua aib yang seharusnya dilindungi akhirnya diketahui oleh orang lain... 

Baru-baru ini saya terbaca akan status seseorang yang bagi saya status tersebut tiada ditujukan kepada siapa-siapa tetapi ada beberapa individu yang terasa dan meletakkan komen yang bukan sahaja mengaibkan pemilik status, tetapi juga diri tukang komen tersebut... Jika ada salah silap sekalipun, lebih baik andainya terus mesej secara langsung dengan pemilik status, usah dicanang di facebook kerana komen-komen tersebut bukan hanya dilihat oleh seorang dua, tetapi sesiapa sahaja boleh melihat komen tersebut... 

Sekadar gambar hiasan
Bukan sahaja aib, malah kebodohan diri turut terserlah di situ... Sebaiknya sebelum komen, fikirkan baik buruk dahulu... Jangan komen sebarangan mengikut hawa nafsu iblis semata... Iblis ketawa, kita yang derita... 

Tutuplah aib, tidak kira aib orang atau aib diri, insya Allah, Allah S.W.T akan menutup aib kita... Andainya kita tahu betapa banyak aib kita yang telah Allah tutupkan, nescaya kita pasti akan menangis dan meratap memohon keampunan kepada Allah setiap saat dan ketika... 

Sama2 lah kita ingat yang kita hidup di dunia hanya sementara... Tiada yang kekal kecuali Allah S.W.T... Tulisan ini hanyalah sekadar peringatan untuk diri ini yang kerdil dan banyak berdosa... Semoga segala dosa diri ini dan mereka yang membaca coretan ini diampunkan oleh Yang Maha Esa... 

Wassalam... 

Thursday, May 30, 2019

Ramadhan Kini Di Penghujungnya...

Sedar tak sedar, hari ini merupakan Ramadhan yang ke-26...Bermakna kita kini sudah pun berada di penghujung Ramadhan...Syukur ke hadrat Illahi kerana memberikan peluang kepada kita untuk merasai nikmat berpuasa di bulan yang mulia ini di samping mengerjakan amalan-amalan sunat yang lain yang semestinya dibalas dengan ganjaran pahala yang besar bagi yang benar-benar ikhlas dan hanya mengharapkan keredhaan-Nya...

Diharapkan ini bukanlah Ramadhan terakhir bagi kita kerana kita tidak akan pernah tahu bilakah malaikat maut akan menjemput kita...Dan bukan hanya itu, andainya kita dipanjangkan usia sekalipun, apakah kita masih diberikan kudrat oleh Yang Maha Esa seperti sekarang...???Masih mampukah kita untuk melaksanakan puasa, amalan-amalan wajib dan sunat yang lain atau mungkin di tahun hadapan kita tidak sesihat sekarang...???Hanya Allah Yang Maha Mengetahui nya...Apapun tugasan kita ialah untuk menjaga diri kita yang Allah amanahkan dengan sebaik mungkin agar terus sihat walaupun setiap tahun usia kita pasti akan bertambah...

Hanya tinggal lima hari lagi kita akan meraikan hari kemenangan sebagai tanda kejayaan melalui bulan yang penuh keberkatan ini...Pastinya ada di antara kita yang mungkin pada tahun ini merupakan tahun yang pertama beraya tanpa insan tersayang...Diharapkan mereka terus tabah dan meraikan hari lebaran kali ini dengan sebaik mungkin tetapi tidak melupakan ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang telah pergi terlebih dahulu meninggalkan kita buat selamanya...Doakan semoga mereka yang telah pergi diampunkan segala dosa mereka dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sana...

Di kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua yang mengenali diri saya sama ada di dunia nyata mahupun di alam maha...Saya memohon kemaafan andai ada tulisan saya di blog ini ataupun di mana-mana saluran media sosial yang saya gunakan pernah mengguris dan menyakiti hati sesiapa sahaja...Sesungguhnya saya hanya manusia biasa yang penuh noda dan dosa...

Semoga segala amal kebaikan yang kita lakukan pada bulan Ramadhan kali ini akan dapat membela nasib kita apabila kita telah tiada kelak dan mampu membantu kita saat kita dibangkitkan kembali oleh Allah S.W.T. pemilik segala yang ada di langit dan bumi...Insya Allah...
Wassalam...

Saturday, May 4, 2019

Ramadhan Menjelma Kembali...



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan kurnia dan rahmat-Nya, hamba-Nya ini masih diberikan peluang untuk bernafas dan berjumpa kembali dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini...

Tahun ini merupakan tahun keempat diri ini menyambut Ramadhan yang mulia ini sebagai suami...Syukur kepada-Mu Ya Allah kerana telah mengurniakan diri ini seorang bidadari yang cantik, penyayang, penuh kelembutan, taat kepada perintah-Mu dan juga taat kepada suaminya serta pelbagai kelebihan lain lagi yang jika hendak disenaraikan di sini sehingga seratus lembaran kertas A3 pun belum tentu habis jika hendak disenaraikan semuanya...Bidadari yang Allah kurniakan pada diri ini bukan sahaja menjadi penyeri kehidupan, tetapi juga pelengkap diri ini yang serba kekurangan...

Selain itu, kehadiran puteri kami yang comel, cantik dan manis juga menjadikan kehidupan kami suami isteri lengkap dan sempurna...Terima kasih Ya Allah...

Kehadiran Ramadhan ini semestinya dinanti-nantikan oleh semua umat Islam kerana kelebihan yang ada pada bulan penuh kemuliaan ini yang tiada di bulan-bulan yang lain...Setiap ibadah yang dilakukan pahalanya berlipat kali ganda daripada biasa...

Oleh itu gunakanlah peluang bertemu kembali dengan bulan mulia yang Allah berikan kepada kita pada kali ini sebaik yang mungkin dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat dan jangan sesekali meninggalkan amalan wajib...

Juga jauhkanlah diri kita dari perkara-perkara maksiat dan sia-sia yang pastinya tidak memberikan sebarang kebaikan malahan membawa kemudaratan kepada diri kita...Mudah-mudahan hidup kita akan dilimpahi rahmat Allah setiap masa...

Wassalam...

Tuesday, December 18, 2018

Kembalinya Adib Kepada Pencipta-NYA...


Ari tuk seluruh negaro bersedih di atas pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang menjadi mangso kekejaman iblis yang bertopengkan manusio dalam peristiwa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 November yang lepas...Selepas tigo minggu bertarung nyawo, akhirnya Allah mengambil Adib kembali kepada-Nya pada 17 Disember 2018...

Apobilo hilangnyo kewarasan, macam tuk lah jadi...Manusio yang sebenarnyo bukan manusio tetapi iblis yang hanya mementingkan duit semato-mato...Diupah oleh syaitan untuk molah rusuhan yang sik kesah pun apo yang jadi kepado orang lain, asaikan hajat dan niat cidak yo tercapai...Akhirnya yang jadi mangso orang yang sik bersalah yang hanya hadir untuk menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan...

Persoalan kinek tuk ialah apokah Adib akan mendapat pembelaan...???Atau si iblis-iblis akan terlepas daripada hukuman dan tersenyum meneruskan kehidupan selepas tuk...???

Yo bukan kuaso aku untuk menentukan...Yo kuaso pihak berkuasa yang menentukan apo yang akan jadi terhadap iblis-iblis yo...Andai kato terlepas di dunio pun, ingatlah yang Allah sentiaso ado...Di akhirat atau mungkin di dunio tuk kelak pasti balasan setimpal diperolehi oleh iblis-iblis yang sik ado perasaan yo...

Mungkin kinek tuk langkah-langkah keselamatan perlu dipertingkatkan agar peristiwa duka tuk sik berulang agik di maso-maso yang akan datang...Walaupun cidak memang berisiko untuk menghadapi bahayo sewaktu menjalankan tugas, tetapi mun dapat minimumkan risiko yo demi kesejahteraan bersamo...Memang ajal maut jodoh pertemuan di tangan Allah, tapi kito perlu berusaha untuk menjago kebajikan cidak sebaik yang mungkin...Cidak ado ahli keluargo yang sentiaso menunggu cidak untuk pulang ke pangkuan cidak...

Aku doakan semoga allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan keluargo allahyarham tabah dalam menghadapi kehilangan tuk...

Monday, December 17, 2018

Selamat Ulang Tahun Sayang...


Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Illahi, ari tuk aku maseh diberikan oleh Allah SWT peluang untuk bernafas di bumi-Nya di hari ulang tahun kelahiran isteri tercinta...Yang ke berapo tahun, yo tanyak ngan tuan empun badan lah oh...hihihi...

Semoga sayang dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan setiap maso, diberkati dalam apo juak urusan harian dan diberikan kebahagiaan di dalam setiap helaan nafas...

Terima kasih sayang sebab sudi nerimak lelaki itam dan kurus tuk (hehehe) jadi suami sayang...Sudi nerimak kamek yang sik ado papo tuk...

Terima kasih atas segala kasih sayang yang telah diberikan selamak tuk...Kameklah lelaki paling bertuah kerana dapat menjadi suami kepada seorang wanita sehebat sayang...

Terima kasih kerana telah melahirkan tuan puteri kito, Adelia Mikayla yang kiut miut yo...Lebih 12 jam sayang bertarung melawan kesakitan demi melahirkan puteri kito yo...

Kamek terlalu bahagio bersamo ngan sayang...Sik ado kato-kato yang dapat diungkapkan untuk menggambarkan kebahagiaan yang kamek raso saat bersamo sayang selamak tuk...Kamek harap sayang pun bahagia bersamo ngan kamek...

Kamek doakan kito akan terus bahagio sampe ke Jannah dan kito terus bahagio walau apopun cabaran dan ujian yang mungkin akan kito hadapi dalam kehidupan rumah tanggak kito kelak...

Love you so much sayang...

Saturday, December 15, 2018

Rezeki Allah Luas...


Bilo kito kelaka mengenai rezeki, kebanyakan kito pasti akan berfikir bahawa rezeki yo duit dan duit yo rezeki...Mun sik duit mesti wang atau money...Sik samo kah duit ngan wang...???🤔🤔🤔

Tapi hakikat sebenar, rezeki bukanlah duit semato-mato atau setelingo-telingo...Kesihatan tubuh badan, rezeki...Dapat laki @ bini bait, rezeki...Dapat anak soleh @ solehah, rezeki...Banyak orang sayang, rezeki...Pendek kato dan panjang sik ado madah apo-apo, setiap kebaikan yang Allah kurniakan pado kito yo, semuo yo rezeki...

Tapi banyak antaro kito sik penah menghargai dan bersyukur dengan rezeki yang Allah kurnikan pado kito selamak tuk...Banyak manusio mengeluh bilo nangga kehidupan orang lain lebih dari nyo...Contoh ey tek kawan nyo semo kejo bagus, make kot ngan tali leher bilo turun kejo, tang kacak jak upo...Bak kato Seroi, kejo opis tek nak...Nyo tek make make baju biaso jak, sik ado lah smart kedak kawan-kawan nyo tek...Alu mupok lah nyo raso rendah dirik, raso dunio tuk sik adil lah, apo lah...Sik ey tauk kawan nyo yo tek angoi make pio, mun dapat cidak nak make baju panas cangkong jak ambik sejuk...

Belum gik yang nangga kawan-kawan make keto atau moto mahai...Nyo tek make kapcai jak turun kejo, kawan-kawan ey tek make keto-keto mahai jak...Yang nyo sik tauk kawan ey bilo terimak penin palak ngato bajet...Yo juak nak bayar keto, yo nak bayar bil astro, bil aek, bil api gik...Lom dak ambik kiro duit minyak pake nyo ari-ari...Kawan make keto mahai tek sari jak dah RM 20 minyak, nyo make kapcai RM3 jak sehari...Dah brapo jimat sio...Yo pun rezeki sebab jimat minyak...

Ado yang diberik kekayaan banyak, semuo cukup tapi sik dikurniakan anak...Ado yang kehidupan biaso-biaso jak tapi anak banyak...Masing-masing ado rezeki masing-masing yang Allah dah tetapkan...

Sik perlu membanding-bandingkan dirik kito dengan orang lain...Mun dapat tangga orang yang lebih susah dari kito, tangga betapo susah hidup cidak tapi sik ado cidak ngeluh dengan nasib cidak...Dari sio kito nangga betapo bertuah ey hidup kito...

Ingatlah, Allah sik akan nguji hamba-Nya melebihi kemampuan cidak...Yang penting usaha carik rezeki yang halal, insya Allah ado keberkatan dalam ey...Sentiaso hargai setiap rezeki yang Allah kurniakan...Setiap helaan nafas yo rezeki, dapat melihat rezeki, dapat mendengar rezeki, boleh kato semuo yang ado di tubuh tuk rezeki...Jadi sik perlu merungut dengan nasib...Yang penting hargai setiap yang ado di sekeliling kito, insya Allah kito akan bahagia...

Wassalam...

Friday, December 14, 2018

Doakan Kejayaan Harimau Malaya...


Malam tuk merupakan perlawanan akhir ke duak antaro Malaysia lawan Vietnam untuk Piala AFF Suzuki tahun 2018...Apo jangkaan kitak orang???Menang kalah nang adat pertandingan tapi semuo kito maok nangga Harimau Malaya menang, betoi sik???

Aku pun pio juak...Harap Harimau Malaya dapat menang malam tuk dan embak piala yo balit ke Malaysia...Tambah agik barisan pertahanan semuo dah pulih, arap-arap sik ado goi dilepaskan malam tuk dan barisan serangan dapat menterjemahkan setiap peluang yang ado untuk menjadi goi...

Tapi andai kato Harimau Malaya kalah, harap janganlah ado kecaman untuk cidak...Pencapaian masok ke final pun dah cukup bait di samping berjaya menewaskan juara bertahan edisi lepas, Thailand di peringkat separuh akhir ari yo...Teruskan sokongan terhadap pasukan kito sik kesah lah apo pun keputusan yang dicatatkan malam tuk...

Teruskan perjuangan dan embak balit kejuaraan wahai Harimau Malaya...

Wassalam...

Wednesday, December 12, 2018

Tulisan Saat Bosan...


Syukur ke hadrat Illahi sebab maseh diberik peluang untuk terus bernafas di bumi Allah yang indah tuk...Lamak ado jak sik update blog tuk...Merarey jak debu dalam tuk...

Ari tuk dah 12 ari bulan 12 tahun 2018...Dah ujung tahun dah duhai...Berapo ari jak gik dah nak masok tahun baru...Sik beraso maso berlalu dengan cepat...

Apo azam baru kitak orang tek...???Biasolah nak, asai tahun baru mesti ado azam baru...Aku...???Ado tapi ni oleh padah olok...hahaha...

Sik tauk agik apo nak tulis...Kelak lah mun ado idea aku nulis udik...Rilek lok bah...Kelak ado maso dan idea baruk nulis panjang lebar...Tuk tek pake nyapu debu lam tuk jak...

Insya Allah mun diberik kesempatan lak ado lah kitak orang baco apo nak ditulis ku situk...Tuk aku ngundur dirik lok...

Wassalam...